Bila teringat kisah silam. Perit.. itu sahaja yang dapat Ujang lontarkan. Derita kisah lama buat Ujang ingin berubah. Kehidupan Ujang dengan Makcik Zainung ketika dulu hanya kami berdua yang merasainya. Kini alhamdulillah semuanya sudah berubah. Dari hidup sebatang kara, kini sudah senang di limpahi nikmat dunia.
Tapi, bila teringat kisah silam, Ujang rasa nak menangis. Ujang tak tahan tengok Makcik Zainung kerja sapu sampah di siang hari, malamnya jaga anak orang. Kesian. Tapi apa Ujang boleh buat? Ujang masih kecil pada masa itu. Ujang masih tak tahu apa-apa. Tapi Ujang ada mata. Ujang dapat melihat, cuma Ujang tidak tahu yang mana tersirat dan yang mana tersurat. Mak.. jasamu penuh rahmat. Ujang tak boleh hidup tanpamu. Pernah Ujang terfikir, andai mak tiada lagi? Pada siapa Ujang mahu gelak ketawa? Pada siapa Ujang nak berkongsi rasa duka... Mak.. I love u so much!!
0 comments:
Post a Comment
Sambil download movies dan games tu.. bagilah sedikit komen!! TQ